Friday, September 25, 2015

Shopping Di Ben Thanh Market, Ho Chi Minh City!

Assalamualaikum & hello everyone :)

Kalau ikut itinerary, trip ke Vietnam kali ni memang banyak aktiviti shopping. Wah shopping!!

Siapa suka shopping angkat tangan? Sayalah tu!



Rombongan Cik Kiah dah bersedia nak ke Ben Thanh Market. Our travel partners dulu, kini dan selamanya, insyaAllah :)


Hari kedua di Ho Chi Minh, kami dibawa ke Ben Thanh market. Memang tempat tumpuan pelancong especially Malaysian. Sebab most Malaysian yang ke sana memang tuju ke situ untuk membeli kain-kain pasang, telekung, kraftangan, kopi Vietnam dan macam-macam lagi. Not only Ben Thanh Market, kawasan sekitar tu pun banyak kedai-kedai untuk dijelajahi. Hehe.

 


Menurut our local tour guide, Ben Thanh Market ada banyak pintu. Tak ingat berapa tapi kalau u all ke sana secara berkumpulan, make sure you know tempat berkumpul di pintu nombor berapa. Macam kami hari tu berkumpul di pintu no. 4.



Turun je dari bas, terus bergambar dulu. Itulah antara kepakaran kami. Lol.


Yeah, you should be here. We aim to bring more partners to our next free trip to Osaka!



Suasana di dalam Ben Thanh Market. Sesak dalam ni. Kedai sebelah menyebelah siap ada lorong-lorong kecil. Oh by the way, untuk kemudahan dan keselamatan semasa travel & shopping silalah bawa sling bag ye.



Sebelum masing-masing berpecah membawa haluan dan RM dan VND masing-masing.
Airin : Mak, pukul 12 kita gather kat sini for lunh ok? Hahaha..



Ni tak tahu kenapa, masing-masing macam terpegun tengok kain agaknya. Lol! Serius tak boleh nak recall apa terjadi masa ni. Geli hati tengok.


Before ke Ho Chi Minh, ada juga ask around whether RM is acceptable di sana since ringgit jatuh. Kalau ikutkan berbelanja guna RM lagi jimat dari Vietnam Dong. Macam kami hari tu, risau RM tak diterima di sana maka tukarlah Dong banyak-banyak. Sekali masuk dalam Ben Thanh Market, peniaga-peniaga di sana bagi harga dalam RM! My God, dah la bawa sikit je RM!! Sabar je lah. Huhu.

Contoh harga kain cotton sepasang dia bagi RM 30.
Kalau convert to Vietnamese Dong, akan jadi RM 30 x 5500 = 165,000 Dong.

Sedangkan kalau ikut kita convert duit di Malaysia,
RM 30 x 5000 = 150,000 Dong.
Kiranya beza dalam 15,000 Dong,

Tapi takpelah, kita juga segala duit yang ada. Hahahha.


Kebanyakan peniaga di dalam Ben Thanh Market boleh berbahasa melayu. Yang standard. Kalau kecek kelate, loghat utagha, cakap nogori, berkemungkinan besar mereka tak faham. Advantage untuk yang pandai dialek ni, if u all nak diskusi depan peniaga ni, silalah diskusi dengan loghat anda. Hehe. And they can speak English too. Cuma sebutan ada lain sikit.


Sebelum bertolak ke Vietnam, cakap dengan husband “rasanya kita tak shopping apa sangat kot. Just beli few souvenirs and t-shirt hardrock”. T-shirt hard rock memang kami collect from every city we travel.


Sekali bila dah sampai sana..hamik kau!! Rambang mata tengok kain cotton yang murah dan sama kualiti dengan yang orang jual di Malaysia. Beza sangat harganya especially Japanese Cotton. Macam saya jenis suka beli kain cotton untuk buat baju anak, so boleh kenal sikit-sikit japanse cotton, English cotton, cotton viscose, swiss cotton. Wah macam terer sangat kan!
Since sebelah malamnya kami ada Gala Dinner, so memang aim nak buat baju Vietnam sepasang. Boleh pilih kain & tempah baju kat kedai t uterus and siap on the same day! Tempah jam 10 pagi, jam 3 petang dah siap. Terror betul. Not only baju Vietnam, jubah, baju kurung and kurung moden pun diorang ni pandai buat. Kagum!



Nampak tak muka yang tengah tu tengah berkerut tolong pilih kain. Haha!




I managed to buy 6 pasang kain cotton and 6 pasang Vietnam Silk . Puas hati dapat beli banyak! Untuk pakai sendiri je pun. And baru ku tahu Vietnam Silk ada Grade. Ada kedai bagitahu tentang grade ni, ada yang tidak. Harga berbeza and of course yang grade 1 tu lebih silky material & corak pun lebih kemas cantik.




 Us with the damaged. Hiks. Masing-masing tak pulang dengan tangan kosong nampaknya.


Disebabkan that day was a shopping day for us, so kami diberikan angpow sorang 200,000 dong untuk lunch sendiri. Duit makan pun company bagi. Tak ke heaven gitu? Restoran halal juga mudah didapati di kawasan sekitar Ben Thanh Market. Our local tour leader, Hong had showed us few restaurants for lunch. There are Halia, Serai, Kg. Pandan, Hjh Basiroh just to name a few. For those yang dah pernah ke Ho Chi Minh, mesti dah biasa dengan nama-nama restoran tadi kan?


That day, we had lunch at Restoran Hjh Basiroh.



Dah sampai Vietnam, mesti nak try their local food. Viatnamese rice roll, beef noodle and I was having bihun goreng seafood yang super yummy!



Vietnamese rice roll. Udang besar+ dedaunan then cicah dengan sos tu. Sedap! Memang tak sama rasa macam yang ada di Malaysia.



Geng makan, geng shopping. pendek kata semua pun berjemaah. Hehe.


Selepas lunch, dalam nak menuju ke Ben Thanh Marke semula, we bumped into this one kedai selling instant shawl & telekung yang memang sumpah buat anda rambang mata! 


Mula-mula malas nak masuk sebab kena buka kasut, sekali daripada tepi kedai terus bersila masing-masing. Hahah!



Discuss, pilih warna, gelak ketawa, dekat sejam jugaklah dalam tu. Masing-masing nak kena azan kat telinga baru nak berhenti memilih. Hehehe.



Airin yang depan sekali belah kiri ni, beliaulah ketua shopping dalam kedai ni. We collect our tudungs and telekung then pass to Airin for bargain. Bagus ada Procurement Engineer in the team. Lol!



Lepas dah selawat baru reti nak keluar kedai masing-masing nih. Credit to my husband for this photo and thank you for his patience menunggu kami shopping berjam-jam dalam tu.




Photobomb by local people. Barulah Vietnam!


Kalau ke Vietnam tapi tak merasa kopi vietnam, memang tak sah. So kami try kopi vietnam di salah satu gerai di Ben thanh Market. Gerai awek spicy. Lol.



Kopi vietnam VND 20,000. Bersamaan Rm 4.00. Okay lah kan.


Ini dia awek penghantar kopi. kemain lagi paut lengan laki haku. Hahah. Orang Vietnam kebanyakan slim because the don't eat KFC & Mc Donald. So kalau nak slim sila tinggalkan fast food.



Sempat juga ke Saigon Square. Tak jauh dari Ben Thanh Market. About 10 minutes walking.



Singgah posing di Baskin Robin.




Sebelum berangkat ke hotel, posing dengan hasil tangkapan masing-masing. Memang best sangat!




Our shopping bags. Dalam hand luggage tu penuh dengan kain pasang. Sakan shopping!




Antara hasil tangkapan kami.



 Few tips untuk u all yang nak ke Vietnam.

1) Vietnam has special rules on the road which is NO RULE. Main transportation di sana ialah motorsikal dan pemandu-pemandu di Vietnam memandu secara perlahan. So if you want to cross the road, please ensure the road is most likely clear and walk like a dive. Haha. means no need to rush like crossing the road in Malaysia.

2) In Ben Thanh Market, most of the seller with talk about quality of products their selling. So you have to compare it yourself and follow your instinct. And please do not speak out something like "ohhh..yang ni lain, kedai tadi tu kasar sikit kainnay". Dari situ seller tu dapat point nak maintain their price. Kadang diorang ni cakap benda yang sama je.

3) Never forget to bargain. Start your bargain price at 50% of the price offered. And jangan terlalu mudah accept. Try to walk away and definitely the will give you the price you want!


Sekian sahaja cerita shopping di Ben Thanh dan sedikit tips untuk u all. Will continue about Gala Dinner in the next entry and our exciting experience at Delta Mekong.


Thank you for reading. See you!



















   





4 comments:

mohamad aliff said...

Salam, nak tanya lah. Kalau kasut tak kisah lah kasut apa, range dia harga berapa ye dalam VND?

Batrisya Sofea mysara said...

Tudung neelofa kat sana brapa rm?

fizo Muhammad Hafizul said...

Sy nk g sana.. nk blaja2 nih
.
0133993292 cip

MAF Fashion House said...

U all stay kat hotel mana?