Thursday, October 15, 2015

Exciting Experience at Mekong Delta, Vietnam

Assalamualaikum & hello everyone :)

Nak sambung cerita free trip ke Vietnam. Kali ni kami ke Sungai Mekong atau Mekong Delta. Dulu belajar geografi biasa dengar nama Sungai Mekong kan? Haa kali ni pergi ke tempatnya and tengok sendiri depan mata.

Sepanjang trip bersama SHOM, every trip mesti ada pergi tempat berair. Biasanya akan naik cruise, but this time a bit different. Kita naik bot dan sampan! Nak bagi rasa kehidupan orang kampung di sana. Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan ;)



 
Bandaraya Ho Chi Minh pada waktu pagi. Masing-masing rush nak ke tempat kerja. Di sini motorsikal lebih banyak dari kereta. Sangat banyak!



Sebelum ke Mekong, kami singgah dulu di Saigon Opera House untuk sesi group photo. Tak masuk dalam. I guess the opera house belum buka. 8 am waktu tu.


Sempat bergambar sebelum hujan gerimis turun. Hehe.


Perjalanan dari Ho Chi Minh City ke Mekong mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Disebabkan kami dah bangun awal pagi tu, so masing-masing ambil kesempatan tidur dalam bas sepanjang perjalanan.



Masing-masing excited dengan pakai topi vietnam & baju hujan. Plastik jew! Haha. Safety vest? Our tour leader informed that time bukan musim air pasang. So tak perlu pakai safety vest.



Our first pit stop, tengok orang buat coconut candy. They have mixing machine macam kacau dodol. Di sini ada jual minyak kelapa, coconut candy, and foods yang berasaskan kelapa.






Asyik ambil gambar orang je, kita snap gambar dia pulak. Hehe.



 Next kami merasa pure honey pula. Dapatlah beli honey from Vietnam.



According to our tour leader, setiap rumah di perkampungan Sungai Mekong akan ada bela 1ekor phyton untuk tujuan keselamatan. And di tempat penghasilan madu asli ni pun ada juga phyton untuk tourist yang teringin nak pegang. Ewwww. Kita memang taklah. Tapi diorang ni berani ok!



Gemuknya ular sawa! Geli weiiiii! Hahahah.







Kenapa kami pakai baju hujan? Sebab cuaca hari tu gerimis dan aktiviti banyak melibatkan air.


Next pit stop kami menikmati local fruits sambil didendangkan dengan lagu-lagu rakyat oleh local people. Kira macam sambil makan buah sambil dengar lagu lepas tu silalah bagi tips pada mereka. 





They can sing malay song too. Like "rasa sayang song" so we could sing along.




Ini yang paling best! Naik sampan! Kali terakhir naik kayak masa di UTM tahun 2002 kot. Setiap sampan boleh occupied 4 orang. and kena duduk tengah-tengah di setiap barisan. Kalau ada yang menyenget, confirm sampan terbalik. Haha. Pendayung juga ada 2 orang. Seorang didepan dan seorang di belakang.

Kebanyakan mereka yang mendayung adalah golongan berusia. Perempuan. Yes perempuan dalam lingkungan 50-60 an tapi mereka masih kuat. Tengok muka memang penuh keperitan hidup. Mereka di sini jauh dari bandar & they are struggling for living. If you all ada naik sampan ni, bagi je lah tips lebih. Kesian tengok.


Tourist sangat diorang ni tau. Naik sampan pun pakai sunglasses. 


Dah penat naik sampan walaupun tak mendayung lol, tibalah masa yang ditunggu. Lunch at halal restaurant!!





Sepanjang di Vietnam, our food memang mewah dengan fresh seafood! Lunch and dinner makan seafood. Banyak betul makan. Nasib baik bawa Garam Buluh & Set Kurus Bajet. So takdelah risau berat naik. Yum Yum!

After lunch, kami bertolak balik ke Ho Chi Minh. Dalam bas apalagi...dah kenyang so tidur je lah. Hehe.

Sampai Ho Chi Minh, terus ke Ben Thanh Market semula. Shopping lagi!!! Tak habis-habis shopping.

Later at night we had dinner and enjoyed Water Puppet show.





Cer tengok segala jenis lauk ada. Penat makan. Alhamdulillah syukur sangat dapat makanan halal dan ditaja sepenuhnya.




Water puppet show? Mula-mula exciting lepas tu mengantuk sebab kekenyangan. Huhu.



Haha censored. Mungkin lupa nak pakai baju. Lol.



Mereka yang menjayakan water puppet show ini. Well done!

Begitulah cerita kami sepanjang hari ketiga. So many activities yang diaturkan oleh pihak syarikat & we really enjoyed it!


No comments: