Saturday, March 12, 2016

Holiday in Osaka, Kobe & Kyoto Japan | Part 1

Assalamualaikum & happy weekend everyone :)

Semalam saya ada share our video TDC in Japan, if u all belum tengok lagi jemput tengok ya :)
Thank you for your support.

So today nak share sikit pengalaman semasa trip ke Jepun baru-baru ni. Holiday secara percuma ke Jepun dengan layanan 5 bintang ni diibaratkan macam mimpi jadi realiti gitu. Memang teringin sangat-sangat nak ke negara Jepun, alhamdulillah bila syarikat buka peluang pakej melancong ke Osaka, Kobe & Kyoto..sayalah orang yang paling teruja!






Trip kali ni of course bersama our travel buddies Ija, Yong & Syikin of The Diamond Circle team.

Perjalanan kami bermula pada 22 Feb 2016 sehingga 27 Feb 2016 iaitu 6 hari 4 malam. Seramai 400 orang usahawan SHOM mengikuti trip kali ini. Bayangkan 400 orang ni menerima layanan 5 bintang dari pihak syarikat, maknanya syarikat membelanjakan jutaan ringgit untuk kami enjoy!! Seronok tak terkata sebab kami tak perlu keluar duit satu sen pun. Saya percaya hanya syarikat yang benar-benar stabil sahaja yang mampu memberikan layanan sebegini. Sekali lagi memang confirm tak salah pilih bisnes. SHOM is the best!

Okay back to the story. Sedikit notes untuk trip kali ini.

Penerbangan : Cathay Pacific Airways (Top 3 Best Airlines in the world)
Hotel : Imperial Hotel Osaka & Portopia Hotel Kobe
Makanan : Halal restaurant. Japanese food, turkish food, indian food
Pengangkutan di Japan : 10 bas khas untuk usahawan-usahawan SHOM
Tour leader & tour guide : Khas untuk usahawan SHOM




Journey kami bermula from KLIA to Hong Kong to Osaka on 22 Feb 2016.

KLIA - Hong Kong ~ 3h50m
Transit Hong Kong ~ 4h
Hong Kong - Osaka ~ 2h47m


At Hong Kong International Airport yang sangatlah besar & panjang.
On the way to departure gate. Seriously hujung ke hujung berjalan.

Banyak first experience of course.. First time sampai Hong Kong Airport yangg sangat la panjang & first time juga menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ni. Alhamdulillah.  Flight landed at Kansai Airport. 'Pulau kecil' lapangan terbang connected dengan jambatan ke 'pulau besar'. Time different cuma 1 jam awal dari Malaysia. So takde lah jetlag. Hehe.




Dari kecik layan cerita doraemon, dragon ball yang berasal dari Jepun. Sampai anak sendiri punya turn layan doraemon baru dapat sampai sini.

Our tourist guide mainly from Hong Kong tapi dah kawin wife orang jepun, friendly & funny too, & of course informative.

Sampai Kansai kami terus ke Kyoto for early lunch (ala2 lunch pukul 11). It takes about 1 hour to Kyoto plus minus traffic. Kami lunch di Restoran Wadihana. Owner orang melayu dari Johor, first restoran Wadihana ade di Bangi and the second branch terus jauh ke Jepun. 4 org chef kesemuanya orang melayu kita.Punyalah jauh dia kembangkan bisnes kann. Hebat!!


Awak kat mana? Kita kat Kyoto!!


Setengah jam sesi berposing sepanjang jalan ke bas smula. Seperti biasa byk selfie, selfus, selfish & #ootd.



norainezamshah in kyoto



Next ke Shinjin Textile Center. Muzium Kimono & many kinds of souvenirs. Ade Kimono show bout half hour dari amoi-amoi  jepun yg keputihan-kemelepakan & penuh kesopanan.. Kami kaum wanita ambil kesempatan beli kimono untuk Gala Dinner nest thursday.






Then we went to Kiyomizu Temple Kyoto. Kalau ikut sejarah monarki 'kesultanan' jepun ni bermula di Nara. Kemudian maharaja tukar angin dan pindah ke Kyoto. So Kyoto jadi ala2 bandar diraja pastu ke mana kesultanan jepun ni pindah. Diibaratkan Kyoto ni macam Melaka & kesultanannya. Gah di suatu masa tapi kini tinggal sejarah & jadi tourist attraction sahaja.






Jepun asal & kebanyakkannya beragama Shinto (disebut shin-du or shin-to). Lama kelamaan ada serapan buddhist yang datang dari mainland China.. so maybe maharaja zaman tu dia mix antara Shinto-Buddhist. After that barulah kemasukan yang lain termasuklah  Islam dan kristian. Of course ade masjid dan banyak kedai makanan halal di Jepun sekarang.







Kiyomizu memang sangat cantik sebab pemandangan Temple-istana lama. Dari atas bukit pula dengan pepohon sakura disekeliling bukit. Pergh!!  Cuma tak pergh sangat sebab sakura tengah togel musim end winter ni. Ada juga yang  dah start berputik sikit. Kalau datang dalam 1 2 bulan lagi mesti cantik buat drama or video klip Gerua, kata suami saya. Hehe.












Amoi-amoi berkimono pun ramai. Budaya dia kan. Looks interesting & nice kimono scene. Kami sempat bergambar 5 6 snap dgn amoi-amoi ni. Kalau di Malaysia, tourist sure suka tengok gadis-gadis melayu berkebaya ramai di satu kawasan. Lebih kurang macma tu la feeling nya. Naik dan turun dari-ke Kiyomizu temple ni banyak kedai-kedai kayu & batu yang jual souvenir, makan minum, aiskrim dan lain-lain.







Petang sikit kami ke Gion street. Old classic street dengan mostly rumah-kedai wooden made. Sangat cantik utk sesi bergambar. Ramai juga amoi-amoi berkimono. Gion street ni merupakan area kesenian lama & adanye Geisha. Kalau nak tau geisha tu ape boleh google ye. Subjektif dan ade mix meaning, tapi tak tahu plak nak beza antara amoi berkimono biasa & geisha. Mungkin geisha ni mekap lebih skit. Tak lama di Gion street tu, tapi banyak jugalah gambar.





Next berjalan kaki about 2 km pusing Kyoto town ni. Seronok tengok design kedai & bangunan, jenis-jenis bisnes, foods and drinks. Then pusing & jalan sepanjang Duck River, air tak pasang dan sepanjang sungai tu banyak pepohon sakura yg semestinya cantik time musim bunga. Walaupun hanya pepohon sakura,tetap cantik bila disemadikan sebagai gambar digital.







Kekakak ni tetap nak melompat walaupun sejuk!




Lastly dinner di tempat yang tak tau nama sebab smua tulisan jepun je but of course halal. Cuma tak disebut nama & how to spell & where to tag the place in facebook.. makan ala-ala bento & ala stimboat. Mix of ayam ikan daging sotong, salad keledek goreng & buah oren.







Selesai makan, bakar kalori lagi jalan about 1 km to the bus, then bus took us to Imperial Hotel Osaka about 1 hour from Kyoto. Maklumlah prime time orang balik keje-keluar dinner.

We arrived at Imperial Hotel Osaka. A luxury 5 star hotel, mandatory part of the freetrip.. A tiring yet wonderful first day. Penat flight transit and banyak berjalan. But overall we enjoyed our day in Osaka & Kyoto!!

A welcoming note


A very spacious room. Sesuai for honeymoon. 

End of part one story.

Next, we went to Universal Studio Japan!!

Wait for my story in the next entry ya :)

For more photos, do visit my Facebook ya. More exciting photos that will make you wanna go to Japan!!

Osaka, Kobe, Kyoto 2016

Thank you for reading & feel free to share this entry.


No comments: