Tuesday, March 15, 2016

Holiday in Osaka, Kobe & Kyoto | Universal Studio Japan

Assalamualaikum & hello everyone :)

So how's your school holiday so far? Cuti sekolah ni ramai yang ambil peluang bawa anak-anak bercuti kan. Bagus tu untuk menggembirakan anak-anak & kita as parents pun nak juga release tension.

Anyway, dah baca our story bercuti di Jepun, part 1? Kalau belum boleh klik di sini ya.

On 25th Feb 2016, kami ke Universal Studio Japan! Yeah tempat yang wajib anda pergi kalau ke Osaka, especially peminat extreme rides. Paling teruja sebab nak tengok Harry Potter. The Wizarding World of Harry Potter baru sahaja dibuka so memang jadi tumpuan pengunjung termasuklah rakyat Jepun sendiri.

Just now check harga tiket, for adult 1 Day Pass is 7400 yen. Fuh! Lucky us masuk PERCUMA sebab semua Sahajidah Hai-O (SHOM) yang tanggung. Alhamdulillah. Best sangat-sangat layanan 5 star macam ni. For those yang nak check harga tiket masuk ke Universal Studio Japan, boleh check here.

We started with breakfast at Osaka Imperial Hotel. Makan nasi goreng salmon yang tersangatlah sedap.  Then half hour with bus to Universal Studio Japan!! Wow best!It was the third theme park berjaya menjejakkan kaki & paling penting enjoy secara PERCUMA!! Start with Lotte Theme Park during freetrip to Seoul in 2013, then Movie World during freetrip to Gold Coast in 2014 and then now di Osaka pula.



Nampak tak betapa excited nya tuh!!



Yeay!! Awak kat mana? Kami kat Universal Studio Japan!!


Sedikit review for these 3 theme park yang kami pernah pergi, based on timing pegi & time spent :


1. Universal Studio Japan - Paling besar, paling banyak shop & theme park, Ada Harry Potter theme park (lain2 Universal Studio takde kate nye), ramai orang and also jurassic park under renovation. Queue untuk naik rides pun paling cepat 40 minutes. Imagine that. Kami sampai lewat about 2 hours before noon tapi kluar awal sebab nak ke Hardrock Cafe Osaka yg terletak berdepan dgn USJ ni & nak kejar kan dinner.  A lot of things to do & try but limited time.. ade la shopping souvenir skit.

2. Movie World Gold Coast - Tak sebesar USJ tapi compact dgn theme park & games yang banyak.  Shops tak sebanyak di USJ, kami bukak kunci Movie World that time &  breakfast special di sana, Enjoyed sampai penutup evening performance, tak berapa ramai orang & we all perasmi car/motor stunt area yangg baru buka. The most effective & enjoy sebab masa panjang utk macam-macam  aktiviti & tak ramai orang so beratur untuk naik rides pun tak lama. Shopping souvenir pun banyak juga.

3. Lotte Theme Park Seoul - One of the biggest indoor theme park in the world, tapi outdoor theme park tak besar mana & tak banyak. Terlalu ramai makhluk & time so-so. Tengok queue yang panjang punndah jadi takde mood. Hehe.  So we just wondering around selfie & posing sana sini. Shopping pun tak banyak sangat.

Mana-mana theme park pun pergi, menunggu itu sangat pasti. Cuma sekejap atau lama sahaja. Tak pasti theme park yang lain macam mana, tapi Di USJ boleh potong line but kena bayar lebih. Queue sampai 2-3 jam tu biasa katanya. Yang menunggu 5 jam semata-mata nak naik rides pun ada. Dah alang-alang sampai tu kan, taknak balik dengan tangan kosong. Macam tu kekdahnya.




Sempat lagi selfie dengan awek Jepun.




Yang menarik di USJ ni ialah  The Wizarding World of Harry Potter, Jurassic Park, Spiderman, Water World, Jaws, Snoopy Studio, Hello Kitty, Sesame Street & banyak 3D 4D ride - Spiderman, Back to the Future, Evangelion & many more..









At Harry Potter theme park.



Tried the butterbeer yang famous. Non-alcohol, don't worry okay. Rasanya macam air float A&W. Yang buih-buih tu ialah krim.





Jom naik Hogwarts Express. Peminat Harry Potter confirm rasa macam dalam cerita Harry Potter bila ke sini.





Since that day kami whole day di USJ, so SHOM bagi angpow for lunch sorang  ¥6000. Seperti biasa freetrip ni memang  makan minum semua fully sponsored. Tinggal suap sendiri je. Mana-mana yang tak disediakan atau di bawa ke restoran memang diberi duit belanja sbb timing masing-masing jaga sendiri bila nak makan especially bila dilepaskan shopping & pegi theme park. Seronok betul dah la masuk theme park free, dapat duit poket lagi!!



That day we had pizza & mushroom soup. Sedap juga makan dalam cuaca sejuk tu. Hehe.


About 3.30 pm Japan time kami bersiap keluar untuk another posing session at the famous Universal globe, then terus ke Hard Rock Cafe (HRC) Osaka seberang depan USJ sahaja. I can say that HRC Osaka ni ada  banyak choice of t-shirt design macam  HRC London & Paris. So we grab for ourselves and our kids & kawan-kawan yang kirim. Puas hati sangat dengan HRC Osaka. Design smua cantik-cantik!




Suhu still bwh 10°. Rasanye pagi start 10° then ke tengah hari & petang semakin sejuk sebab berangin until 4° di area Shinsaibashi. Dah la tak pakai long john/heat tech inner hari tu sebab kononnya tak sejuk sangat. Hehe. So tahan mental je la ala-ala david blaine.





On the way nak ke bas, lalu pula these sakura trees. Subhanallah cantik sangat walaupun bukan musim bunga. kalau musim bunga lagilah cantik!

4.30pm kami berkumpul balik then we all dinner di area Shinsaibashi yg akan kami pegi juga keesokan hari untuk utk shopping. Start jalan dekat Doutonbori Street & dinner disediakan di Indian restaurant. We had kari ayam, kari kambing, ayam tandori, roti nan, japanese noodle, nasi beriani version terbaik punya & of course dessert.








Diberi pilihan samada nak balik dgn bas atau boleh sambung jalan tapi balik sendiri dgn taxi. We decided to stay & enjoy the night scene. Seriously best!! Maklumlah berjalan di tempat orang. Shinsaibashi ni famous dgn Glico man gambar orang berlari angkat tgn if u all know.



Nampak tak yang kat belakang tu pun macam nak terbang. Hehe.













Merasa beli & makan takoyaki fresh dari ladang. Kenapa dari ladang? Sebab asal usul TAKOYAKI dalam dunia ini adalah dari Osaka. Mcm kita nak asam pedas kena ke melaka, nak lomak cili api poie nismilan. Begitulah.





TAKO = Sotong.. YAKI = bbq. Means sotong bbq dgn tepung. So kalau u all ada makan takoyaki di Malaysia tapi isi ayam, daging, sayur tu dah salah nama sebenarnya.  Kena dotdotdot-yaki yg sesuai.. karipap kentang tapi isi sardin, kira tak betul la kan. Macam tu la maksudnya.







Singgah skit2 je kedai & lebih kepada santai. Lebih kepada menikmati suasana malam di Osaka and tried their street food. About 9.00 pm Japan time kami balik dgn taxi dalam ¥2000 ke hotel.

Sampai hotel kemaskini bag siap-siap sebab keesokan harinya akan check out pindah ke hotel di Kobe plak for another 2 nights. For sure 4-5 stars hotel juga. Tak penah turun dr 4 lagi sepanjang freetrip since 2013.

Till then, our story part 2. Next akan share pula experience pergi ke Osaka Castle Park.

Thank you for reading & I hope you enjoyed our stories ya!

For more photos, do visit my facebook Osaka, Kobe, Kyoto 2016 | Universal Studios Japan


No comments: