Sunday, June 5, 2016

Doa Jemput Rezeki

Assalamualaikum and hi all :)

Nak puasa ni sure ramai yang ambil peluang untuk buat bisnes kan? Ye la cari duit lebih untuk belanja raya kan.. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua doa menjemput rezeki. Sebenarnya rezeki kita ada, ALLAH dah janjikan siapa berusaha pasti dapat hasilnya.

Jadi, kita jemput rezeki dengan cara betawakkal, berusaha dan berdoa kepada ALLAH bulat-bulat dan lihat apa hasilnya nanti.

Ini doa yang boleh kita amalkan:

" Ya ALLAH Ya Fattah Ya Razzaq Ya Ghani Ya Mughni aku tak tahu bagaimana aku tahu dan aku tak tahu bagaimana aku buat namun aku buat dan berjaya dapat jualan sebanyak RM xxx,xxx (boleh selit kuantiti target jualan) melalui jualan (bisnes apa) dengan sangat cepat, mudah, halal dan gembiranya. Alhamdulillah ya Syukur."


Zikir menjemput rezeki.

*Ya Fattah = Yang Maha Pembuka
Ya Razzaq = Yang Maha Pemberi Rezeki
Ya Ghani = Yang Maha Berkecukupan
Ya Mughni = Yang Maha Memberi Kekayaan


Di penghujung doa ni sebut Alhamdulillah Ya Syakur sebab kita kena yakin kena bayangkan yang kita pasti dapat apa yang kita doa sebab kita ada ALLAH. In shaa ALLAH. Letak yakin tu NOMBOR SATU.

Yang mana baik kita kongsikan semoga bermanfaat untuk semua.

Jom sama-sama kita amalkan. Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang banyak dan melimpah ruah dan semoga perniagaan kita semakin maju, berkembang, SALES LEBAT setiap hari. Aamiin!


Credit to takan kongsi TDC, Aqma untuk doa ini. Thank you Aqma :)

No comments: