Thursday, August 11, 2016

My Biggest Why?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit perjalanan saya dalam perniagaan ini dengan anda semua.

Waktu saya mula berniaga Premium Beautiful 4 tahun lepas, dalam fikiran saya hanya untuk menambah pendapatan keluarga. Saya target kalau dapat extra RM 2,000 sebulan pun dah cukup.

Tapi siapa sangka, BONUS PERTAMA saya pada waktu itu RM 7,000!! Sebagai orang baru memang saya gembira tak terkata biarpun pada masa tu ilmu pun masih kurang dan tak terfikir lagi macam mana kalau saya ada rakan kongsi.

Bermula detik itu saya nekad untuk all out berniaga. Saya bukan sahaja berniaga malah saya juga mengalami transformasi diri yang sangat banyak. Dari awal lagi mind set saya "jika kita nak berjaya, mesti buat dan ikut apa orang berjaya buat". Kejayaan boleh dicapai dengan ilmu, semangat, strategi, mentor, support dari keluarga dan rakan-rakan bisnes & anugerah rezeki dan kudrat dari Allah.

Dalam keadaan yang tak bersedia, saya ambil cabaran pikul tanggungjawab sebagai Team Leader. Belajar & terus praktik lama kelamaan jadi mahir sehinggalah ke hari ini. Business partners yang bersama saya sejak dari awal memang boleh nampak transformasi saya sepertimana saya saksikan transformasi mereka.

Pencapaian demi pencapaian diraih dalam perniagaan ini termasuklah melancong percuma ke luar negara dengan layanan 5 star, anugerah demi anugerah, tabung kereta..pendek kata apa sahaja target atau reward yang ada mesti nak sapu habis 😊

Apa sahaja halangan sementara, kita cuba cari penyelesaian. Tak cukup masa? Pandai-pandailah urus masa kita. Tak ada pembantu untuk jaga anak? Carilah solusi.

Jadi kepada semua rakan-rakan kongsi saya, dan anda semua yang sedang dalam proses mencapai impian..teruskan usaha tanpa jemu, disiplinkan diri kita dan ingat what is your BIGGEST WHY? Kenapa anda nak berjaya, kenapa anda nak capai sesuatu? Kenapa?

InsyaAllah bila anda jelas kenapa anda nak berjaya, anda takkan sanggup untuk putus asa dan buat sambil lewa.

Hold on to your dreams, work with passion, stay strong & stay in a team.

People will stare. Make it worth their while.





Your are most welcome to be my next protege. Begin your first step by contacting me today.









Norain Mohd Nizar
Business Coach
The Premium Beautiful Expert

No comments: