Monday, October 23, 2017

Berpantang Selepas Bersalin Dengan Premium Beautiful

Assalamualaikum & hai semua :)

Selalu share pengalaman orang lain berpantang kan, kali ni saya nak share pengalaman sendiri pula. Alhamdulillah dah nak masuk 3 bulan lepas bersalin.

Pernah baca entry saya mengenai kenapa perlu berpantang dengan Premium Beautiful? Boleh klik dan baca di sini ya.

First of all, saya nak jawab persoalan yang bermain di minda ibu-ibu semua. Ramai yang bertanyakan hal ini jadi di sini saya nak jawab untuk semua sekali.

"Kalau bersalin c-sect atau czer boleh ke pakai PB ni?"

Jawapannya BOLEH :)

Ramai juga yang cerita pada saya, mereka tak berbengkung selepas bersalin terutamanya secara czer sebab takut atau risau mengganggu proses pemulihan jahitan dan luka dalaman. Disebabkan tidak berbengkung, ibu-ibu ini terpaksa pasrah dengan perut buncit dan menggelebeh, badan mengembang bagai di pam. Kesiannya...

Okay saya sambung cerita saya ya.

Alhamdulillah pada 26 Julai 2017 saya telah selamat melahirkan anak kami yang ketiga secara normal delivery. Berat baby 3kg semasa dilahirkan dan kami dikurniakan seorang lagi puteri yang kami namakan INAS AMMARA. Jadi sekarang ada 3 orang puteri. Meriah.


berpantang selepas bersalin dengan premium beautiful
Inas Ammara dah nak masuk 3 bulan umurnya :)

Bila cerita bab bersalin dan berpantang masing-masing ada pengalaman tersendiri. Ada yang bersalinnya mudah, ada yang lama in labour, tapi apa-apa pun tetap syukur kerana diberikan nikmat untuk melahirkan khalifah ke muka bumi ni. Macam saya, untuk yang ketiga ni saya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Untuk berpantang memang tak cari lain dah. Bengkung moden Premium Beautiful tetap pilihan saya.

Untuk ibu-ibu lepas bersalin, saya faham sangat perasaan ibu-ibu bila tengok perut masih besar macam ada baby lagi kat dalam! Iye sebab saya pun scary. Huhu. Sebab tu mesti berbengkung ye. Jangan dibiarkan perut begitu. Lepas discharge dari hospital maka bermulalah episod berpantang di rumah.

Saya mula pakai Premium Beautiful (PB) hari ke tiga selepas bersalin. Mulakan dengan Waist Nipper dulu sebab bila lepas bersalin perut masih besar & rahim belum kecut. Bila pakai Waist Nipper ni, badan kita rasa firm dan mudah nak bergerak tanpa ada rasa pening-pening macam nak terjatuh.

Kemudian slowly saya pakai Long Girdle dan kemudian Long Bra untuk melengkapkan set Premium Beautiful. Bila pakai PB sebagai bengkung bersalin, badan kita akan rasa warm, selesa bagai dipegang dan perut tak bergoyang. Rahim mudah kecut dan ini diperkakui sendiri oleh tukang urut dan nurse yang melawat saya dan baby di rumah :)


premium beautiful
Pengalaman saya berpantang dengan bengkung bersalin Premium Beautiful


Ibu-ibu dalam tempoh berpantang kan tak boleh sejuk jadi pakai PB adalah cara yang paling mudah, praktikal dan terbaik. Kenapa saya kata praktikal? Sebab PB ni kita boleh pakai sendiri tanpa perlu minta bantuan suami atau mak yang jaga kita. Senang sangat nak pakai kalau tahu cara pakai yang betul :)

Lagi satu situasi yang merunsingkan ibu-ibu dalam pantang ialah masalah bengkak susu. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi bila berbengkung dengan Premium Beautiful alhamdulillah tiada masalah bengkak susu kerana dalam fabrik PB disulam tenun dengan FIR. FIR ini membantu melancarkan aliran darah ke seluruh badan, seterusnya melancarkan aliran susu dan menghasilkan susu yang berkualiti.

Cara saya berpantang sebenarnya selagi boleh saya ikut cara orang lama iaitu berstokin, pakai baju lengan panjang, pemakanan ikut apa yang mak saya sediakan di samping vitamin yang doktor pakar bekalkan. Macam mak saya, nasi dan lauk memang beliau sediakan. Kemudian saya tambah sendiri buah-buahan macam sunkist, anggur dan epal. Air masak mesti minum secukupnya dan saya juga amalkan produk-produk Hai-O seperti Min Kaffe, Garlic Tablet bagus untuk buang angin dalam badan dan kempiskan perut dan juga N'licious bagus untuk membantu penghadaman dan pelawasan.


Tampil yakin selepas bersalin :)


Agak merisaukan bagi ibu-ibu lepas bersalin bila nak mula kerja tapi badan masih flabby & perut masih buncit macam pregnant. Jadi Premium Beautiful adalah penyelesaian yang PALING MUDAH dan BERKESAN.


johor
Berat turun 15kg. Happy!!



Alhamdulillah secara keseluruhannya saya memang berpuas hati berpantang dengan bengkung moden Premium Beautiful. Sebab itu saya sangat syorkan pada ibu-ibu semua untuk mula pakai Premium Beautiful tidak kira sama ada belum hamil, merancang untuk hamil, sudah bersalin atau dah lama bersalin sekalipun. Pakai untuk kesihatan badan kita dan sebenarnya untuk ahli keluarga kita. Bila kita sihat bertenaga insyaAllah mudah kita nak urus keluarga dan kerja :)


premium beautiful
My first appearance after confinement. SMSSM Award Johor Bahru 23 September 2017


premium beautiful testimonies
Photoshoot TDC PB Expert Johor 21 October 2017


Bila dah selesa dengan PB memang tak perlu nak cari yang lain. Saya pakai PB sejak dari tahun 2010 dan masih setia dengan PB. Totally worth investment for our body.

Terima kasih ya sebab baca cerita saya dan boleh juga kongsikan kepada rakan-rakain yang lain. Sharing is caring :)

Kalau anda nak mula pakai PB, nak beli PB, nak dapatkan personal consultation, do contact me ya.


Let's appreciate our body by wearing Premium Beautiful

Ingat PB ingatlah saya :)


+60137415271
Your Trusted Premium Beautiful Expert
Johor, Malaysia


No comments: