Friday, January 5, 2018

Dari Tak Pandai Berniaga Kini Sales Sudah RM 5.7 Juta!

Mak ayah saya tahu, adik beradik dan family semua tahu..

Sepanjang membesar saya tak pernah jual apa-apa.. Saya tidak dilahirkan sebagai peniaga atau dari keluarga yang berniaga..Dah bekerja pun suami yang rajin dan mulakan jual cookies raya dan kek lapis Sarawak yang dia tapau banyak-banyak dari sana.. Saya kosong sekosong-kosongnya bab-bab berniaga ni..

Tapi mentor saya ni power.. Sebab dia yang berjaya buka minda saya untuk UBAH HIDUP dan capai apa yang saya ada hari ini..

Dan sehingga hari ini, dari saya yang zero berniaga tu, saya dah capai sales sebanyak RM 5.7 Juta sejak 2012!..

Sebagaimana saya bermula dari mentor saya, saya lakukan perkara yang sama dan alhamdulillah berjaya membuka minda lebih dari 100 orang yang NAK UBAH HIDUP macam saya dan capai sesuatu yang tak pernah diimpikan sebelum ini.. Dan saya akan teruskan untuk buat orang lain berjaya sama dan UBAH HIDUP mereka..

Terima Kasih CDM Shaliza Aziz, my mentor, my good friend, my travel buddy..

“YOU’VE MOTIVATED ME TO BE THE BEST VERSION OF MYSELF!”

Me & CDM Shaliza

Alhamdulillah Syukur kepada Allah berikan saya peluang yang baik dengan menceburi bidang perniagaan. Saya sendiri tak pernah terfikir yang saya akan berniaga. Kalau nak tahu saya ni jenis yang takut nak tonjolkan diri, tak yakin nak ke depan, tak berani nak explore perkara baru yang saya tak pernah buat. Sungguh itulah saya dulu..banyak fikir negatif iya juga.

Melalui bisnes inilah saya ubah diri, transform dari tak yakin kepada berani dan yakin, dari malu nak bercakap sekarang ini menjadi "Speaker" untuk training, dari tak pandai berniaga alhamdulillah dengan ilmu yang betul saya mampu lakukannya. Apa yang buat saya makin seronok dengan bisnes Premium Beautiful ini ialah di sinilah saya asah diri untuk menjadi Team Leader, Business Coach, melatih usahawan-usahawan supaya berjaya dan berdaya saing dan memberikan manfaat kepada pelanggan-pelanggan melalui produk yang kami pasarkan.

Kalau dulu terpaksa tunggu bonus tahunan (itu pun kalau ada) untuk dapat duit lebih, kini pendapatan bulanan 3x ganda lebih dari gaji saya semasa bekerja. Alhamdulillah segala insentif yang Sahajihah Hai-O tawarkan seperti melancong percuma ke luar negara dua kali setahun, bonus tabung kereta, extra bonus CDM, privillage sebagai usahawan SHOM semuanya saya merasa.

Jika saya tidak ambil peluang ini dahulu, hidup saya hari ini mungkin masih sama. Masih terikat dengan waktu kerja pejabat, rutin harian terkejar-kejar, stress, masa bersama keluarga sangat terhad, komitmen makin tinggi tetapi kenaikan gaji sangat minimum. Masih takut, masih negatif, masih tak yakin.

Saya yakin ramai wanita di luar sana yang impikan kebebasan masa dan kewangan. Tambahan sebagai ibu, saya pasti kita teringin sangat nak uruskan keluarga sendiri, nak uruskan anak-anak bersekolah, mahukan lebih masa bersama keluarga dan pada masa yang sama mahukan pendapatan yang lumayan.

Apa yang saya boleh katakan, inilah peluang dan jalan yang anda cari selama ini. Tidak rugi dan tidak ada salahnya jika anda mula hari ini. Saya akan bimbing anda untuk capai apa yang saya dah capai. Kalau saya boleh lakukannya, saya yakin anda semua juga boleh berjaya. Kita buat sama-sama :)





Be First to Post Comment !