Thursday, February 22, 2018

Test Drive Mercedes Benz C200 AMG

Assalamualaikum & hai semua.

InsyaAllah this our my next milestone to achieve in business and life. Kalau nak diikutkan milestone yang ini sebenarnya dah hampir tercapai tahun 2016, but Allah has a better plan for us :)

Sebelum dapat sesuatu kita mesti rasa macam kita dah dapat dan berjaya capai. Maksudnya macam mana tu? Sebagai contoh kalau kita nak sangat jadi orang kaya dermawan kita mesti rasa diri kita kaya dan dermawan dulu sebelum betul-betul banyak duit, berharta dan banyak memberi (bersedekah).

Senang kata kita mesti percaya yang kita boleh capai sesuatu impian sebab bila kita percaya, kita akan selalu sebut,  minda kita akan mula menarik perkara-perkara yang baik secara spesifik, kita akan bertindak di luar jangkaan, kita akan lebih kuat berdoa. Allah akan kurniakan pada hambanya yang berusaha sehabis baik dan kemudian bertawakal kepada Allah. Jadi tugas kita ialah buat kerja kita = USAHA + TAWAKAL.

Orang Islam kata POWER OF DOA, orang putih kata LAW OF ATTRACTION.

Berbalik kepada cerita test drive tadi.

Nak beli kereta, nak memiliki kereta mewah, nak upgrade kereta...mesti rasa dulu. Ambil feel dengan pergi ke show room dan test drive. Check harga berapa, komitmen bulanan supaya target kita lebih jelas dan mudah untuk susun gerak kerja. Eh kenapa nak beli kereta lain? Kereta sekarang tak ok ke? Tak bersyukur ke?

Saya yakin kalau anda faham tentang "mengapa umat Islam perlu kaya" insyaAllah soalan-soalan di atas pasti ada jawapan :)

So Mr Hubby yang set the appointment dengan NZ Wheels Mercedes Benz untuk test drive. Sampai je showroom, terus mataku terpaku pada model C200 AMG. Cun sangat! Dulu kalau sebut Mercedes mesti terbayang design petak dan boring. Haha. Now dah banyak berubah, dari segi design memang dah upgrade sesuai dengan jiwa muda. Wah gitu.





Life is about upgrading. Don't downgrade your dream just to fit your reality. Upgrade your conviction to match your destiny.

Fizikal, rohani semua perlu upgrade barulah hidup kita lebih bermakna dan lebih banyak manfaat dapat kita berikan dan kongsikan dengan keluarga kita dan orang lain.

Apa yang kita fikir
Apa yang kita cakap
Apa yang kita rasa
Apa yang kita buat

Semuanya adalah DOA dan akan menentukan apa yang kita akan dapat.

Doakan supaya dipermudahkan segala tindakan kami, dilapangkan pintu rezeki untuk kami dan berjaya capai milestone KERETA BISNES ini ya :)

Terima kasih sudi baca entry ini. Kalau ada antara anda yang rasa dah bosan dengan taraf hidup sekarang yang stagnant, it's about time to upgrade your life. InsyaAllah I will guide and coach you to transform.


Post a Comment