Monday, April 23, 2018

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum & hai semua.

Age is just a number, right? I am now 36 and let's just imagine it's 16 ;)


Image may contain: Norain Mohd Nizar, text

Alhamdulillah sejak semalam dan hari ini masih dihujani dengan ucapan selamat hari lahir dan doa yang baik-baik dari ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan-rakan kongsi, clients tak kira di mana jua berada. Ada yang whatsapp, telegram, sms, DM di IG, PM di Facebook, posting dan komen fi Facebook paling banyak! MasyaAllah ramai yang sayang saya :) Syukur sangat dikelilingi dengan insan-insan yang baik hati..ini semua pun rezeki dari Allah.

Jadi di kesempatan ini saya dengan rendah hati dan penuh kasih sayang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas ingatan serta doa-doa anda semoga dimakbulkan oleh Allah. Saya juga doakan agar u all semua dikurniakan keberkatan, kesihatan, kemewahan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Terima kasih mak dan ayah kerana tanpa mak dan ayah tiadalah saya di dunia ini. Terima kasih encik suami yang terinta dan anak-anak tersayang kerana sentiasa bersama waktu senang dan susah. InsyaAllah doakan saya terus sihat dan bertenaga untuk berbakti dan memberi manfaat pada keluarga dan insan-insan yang memerlukan saya :)


Special suprise from my daughter, Izzah Ardini


More to achieve this year, more success stories in life and business. Doakan agar usaha kami diberkati dan berjaya melahirkan usahawan-usahawan jutawan yang beraura dalam industri.




Thank you for reading and keep viewing this space ya.

Post a Comment