Friday, August 16, 2019

Bersalin C-zer Boleh Ke Berbengkung?


Assalamualaikum dan hai semua :)

Okay kali ni nak cerita bab berbengkung untuk ibu-ibu yang bersalin secara c-sect atau c-zer pula. Sis rasa terpanggil nak kongsi topik ni sebab lately ramai juga ibu-ibu yang menunggu masa nak bersalin bertanyakan tentang hal ini.

Berdasarkan pengalaman sebagai ibu (insyaAllah anak nak masuk 4 orang) dan juga sebagai Premium Beautiful Expert, biasa dapat feedback dari ibu-ibu yang bersalin secara c-zer, mereka takut nak berbengkung selepas bersalin. Sebab paling utama ialah takut terkena bahagian luka dan jahitan tu. Memang ngeri kan bila kenangkan jahitan tu, bukan hanya c-zer, yang bersalin normal pun rasa seriau bila terbayang.

Jadi untuk lebih memahami apa yang dirasakan oleh ibu-ibu bersalin c-zer ni, maka sis pun tengoklah jahitan pada adik sis yang kebetulan baru lepas bersalin bulan Julai lepas. Tengok jahitannya alhamdulillah dah kering. Yang sis nak perhatikan betul-betul ialah dekat mana jahitan tu sebenarnya. Bila dah tengok, sis lebih faham dan yakin bahawa ibu-ibu bersalin secara c-zer BOLEH BERBENGKUNG.

Tapi nak berbengkung mestilah pilih bengkung yang bersesuaian dan berfungsi untuk 'memegang perut' supaya tidak labuh atau menggeleber ke bawah. Sebab bila perut menggeleber, akan menutup kawasan jahitan dan akan melambatkan proses penyembuhan.


Kedudukan jahitan c-zer

Sedikit gambaran belly fat after c-zer. Gambar Google.

Imagine kalau macam ni punya belly fat dan tidak berbengkung, alahai kesiannya ibu-ibu semua. Terpaksa menanggung rasa tak selesa dan tak yakin dengan bentuk badan sendiri selepas bersalin. Kalau makin dibiarkan, perut tu tak mustahil akan makin buncit dan melebar. Percayalah. Itulah pengorbanan seorang ibu kan? 

Bahaya lemak di perut kalau dibiarkan


Tapi zaman sekarang ni ramai ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dan kecantikan. Lemak di perut ni akan mendatangkan mudarat. Macam-macam penyakit datang. Sebab tu mak mak kita sangat mementingkan bab berpantang dan berbengkung ni. Mereka nak kita sihat dan cantik supaya dapat menjaga keluarga :) 

Kepentingan berbengkung selepas bersalin


Masa berpantang adalah masa untuk ibu-ibu menyesuaikan diri dengan situasi baru bila ahli keluarga bertambah, masa ni juga untuk pulihkan kesihatan, kembalikan kecantikan dan keyakinan dan masa ini juga ibu-ibu perlukan support dari ahli keluarga dan orang sekeliling. Jadi kalau ibu-ibu dok risau tentang perut yang tak kempis-kempis, berat badan yang tak reti nak turun, macam manalah nak rasa happy rasa bahagia?

Jadi untuk ibu-ibu yang bersalin secara c-zer, sis sangat syorkan untuk u all pakai Premium Beautiful. Dapatkan 1 set lengkap, pakai secara berperingkat insyaAllah pasti puas hati dengan keberkesanannya. 

Pengalaman sis sendiri walaupun tak pernah ada pengalaman bersalin c-zer, Premium Beautiful sangat praktikal, senang kita nak urus diri boleh pakai sendiri tak perlu minta bantuan orang lain dan paling penting fungsinya selain menurunkan berat badan, Premium Beautiful bantu elakkan masalah bengkak susu. Ya Allah ini paling penting sebab kalau kena bengkak susu ni boleh demam! Bila dalam pantang susu badan tengah meriah jadi bila pakai Long Bra Premium Beautiful sangat membantu untuk support payudara kita. Jadi bahu tak rasa terbeban dengan payudara yang berat. Selain daripada itu bila kita pakai Premium Beautiful bantu badan rasa warm macam kena peluk setiap masa dan paling best badan kita cepat rasa cergas dan tegap.


Keistimewaan berbengkung Premium Beautiful selepas bersalin


Di sini sis kongsikan fungsi setiap bahagian Premium Beautiful.

Premium Beautiful Long Bra

Premium Beautiful Waist Nipper

Premium Beautiful Long Girdle

Jom kita tengok pula testimoni terkini ibu-ibu yang berpantang dengan Premium Beautiful selepas bersalin secara c-zer.

Testimoni terkini Premium Beautiful

 Puan Shaliza, ibu anak 3.
Sedikit cerita dari ibu anak 3 ini :




Puan Aliaa, ibu anak 3.




Puan Sawiyah, ibu anak 3.




Puan Shamsiah, ibu anak 4


Puan Malar, ibu anak 2.


Tengok ibu-ibu ni semua happy dan slim lepas bersalin kan? Alhamdulillah mereka telah membuat pilihan yang bijak dengan memakai Premium Beautiful semasa berpantang dan terus memakainya setiap hari. Jimat sangat beli sekali je tapi boleh pakai sampai bila-bila.

So to all mommies out there, usah ragu-ragu lagi ya. If these mommies mendapat hasil yang diinginkan dengan memakai Premium Beautiful, mommies semua pun boleh sangat. Yang bersalin c-zer boleh, yang bersalin normal lagilah boleh :)



Jom dapatkan dengan HARGA PROMOSI sekarang ni, sampaikan juga kepada rakan-rakan yang lain ya :)

Hubungi sis terus hari ini :)



013-7415271
norain@gmail.com
Your Trusted Premium Beautiful Expert
Since 2012

Thank you for reading and see you soon!
Tuesday, August 6, 2019

Anda Ada Masalah Susah Tidur? Ini Penyelesaiannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terima kasih sebab sudi follow dan baca entry blog sis ya. Walaupun macam hampir bersawang, but actually banyak lagi story yang nak dikongsikan di sini supaya lebih ramai dapat manfaat. InsyaAllah. Teruskan menyokong tanpa jemu okay :)

Jadi sis nak tanya sikit, ada tak antara u all yang baca ni mengalami masalah susah nak tidur? Atau tak cukup tidur, atau tidur tak lena? Atau lebih kronik lagi ada insomnia. Rasanya ramai yang ada masalah ni memandangkan gaya hidup zaman sekarang yang semakin sibuk kadang kadang sampai tak sempat nak belek diri sendiri kat cermin. Betul tak?



Bila berlaku macam ni mulalah kita rasa stress sampai nak tidur pun masih fikirkan kerja di pejabat, kerja rumah yang belum settle, urusan anak anak. Itu belum masuk bila fikir bab hutang, komitmen, banyak duit nak guna tapi income tetap sama jer. Sebab tu ramai yang susah nak lena dan kalau lena pun bila bangun pagi mesti rasa badan lesu. Sebenarnya masalah tidur ni tak boleh diambil mudah sebab akan membawa kepada kesan jangka masa panjang. Paling ketara orang yang tak cukup tidur ni dia senang marah marah. Cepat naik angin, silap sikit pun nak marah. Paling teruk kalau anak anak kat rumah jadi mangsa. Kesian.


Setuju? =)

Tak cukup tidur dan lapar adalah 2 perkara yang boleh mendatangkan marah! Sis setuju sangat statement ni. Bayangkan kalau kaum ibu tak cukup tidur sebab anak meragam tengah malam, macam mana rupanya? Sama kan macam dalam gambar ni? Hihi.



Selain daripada mudah marah, apa lagi kesan bila tak cukup tidur?

Jom kita baca sama-sama.

1) Rasa letih dan penat setiap kali bangun tidur walaupun tidur lama.

2) Banyak bergantung kepada gula dan kafein.

3) Sukar untuk fokus sama ada kerja, belajar atau urusan harian.

4) Kerap jatuh sakit.

5) Kerap berasa lapar. Craving macam-macam terutama makanan manis dan karbohidrat tinggi.

6) Berat badan bertambah dan sukar dikawal.

7) Anda jadi kelam kabut.

8) Anda berasa muram, not happy.

9) Anda hilang nafsu seks. Kesian pada pasangan anda.

10) Anda jadi panas baran, mudah naik angin


Jadi u all ada tak tanda-tanda seperti senarai atas tu?




Tidur sangat penting ye untuk kesihatan badan dan otak kita kita. Tengok macam babies ni syok je tidur. Ada yang ambil mudah bab tidur ni tapi percayalah bila kita jaga bab tidur ni insyaAllah kita akan jadi lebih happy dan tenang. Energy kita pun sentiasa positif barulah perkara positif datang pada kita.

Kita yang dah dewasa ni boleh juga dapatkan DEEP SLEEP macam babies tau. Walaupun life style sibuk macam mana sekalipun insyaAllah boleh sangat nak dapatkan deep sleep. Ada caranya, kita perlukan bantuan sedikit saja.



Tak cukup tidur tu perkara biasa tapi kita boleh atasinya dengan tidur bertemankan Bio Velocity Sleep Mate. Apa itu Bio Velocity Sleep Mate? Boleh baca sini ya.


Ramai yang dah gunakan Bio Velocity Sleep Mate dan alhamdulillah berkesan untuk mereka. Yang jenis kerap travel macam sis dan suami, sangat disyorkan guna Bio Velocity Sleep Mate untuk recharge energy, kurangkan sakit badan, sakit pinggang selepas perjalanan jauh. Semoga bermanfaat untuk u all juga. InsyaAllah.

Boleh dapatkan Bio Velocity Sleep Mate dengan harga promosi sekarang.



Jangan malu jangan segan, terus sahaja hubungi  013-7415271 atau email norain.nizar@gmail.com. Kita cerita lebih lanjut.

Terima kasih sekali lagi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.